fbpx

Empat ditahan terbabit curi kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmadi (dua dari kanan) menunjukkan barangan rampasan kabel pada sidang akhbar tangkapan kes curi kabel di IPD Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Empat lelaki warga tempatan ditahan susulan kejadian mencuri kabel elektrik di pusat beli-belah Alamanda di sini pada 10 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, kesemua suspek berusia 23 hingga 31 tahun itu ditahan di tiga lokasi berasingan di Dengkil pada 12 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, tiga suspek dikesan mencuri kabel berkenaan sekitar pukul 9 pagi pada 10 Mei lalu berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau berkata, penahanan ketiga-tiga suspek kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi suspek yang juga anak seorang pemilik kedai lusuh.

“Ketika kejadian juga, seorang pegawal keselamatan mengaku terserempak dengan tiga suspek berkenaan dan mengenali salah seorang daripada mereka.

“Siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek turut menggunakan kereta sewa bagi mencuri kabel berkenaan bagi mengaburi mata polis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, ketika ditahan, tiga daripada suspek masing-masing berasal dari Dengkil, Kajang dan Putrajaya didapati positif amphetamine dan methamphetamine selepas ujian air kencing dilakukan.

A. Asmadi berkata, tiga daripada suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 15(1)(A),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI