fbpx

43 mangsa banjir Kampung Rantau Panjang ditempatkan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM meninjau paras air sungai di kampung itu.

KUALA SELANGOR – Seramai 43 penduduk Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir, semalam.

Kesemua mangsa terdiri daripada 14 keluarga itu masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Bestari Jaya (MPKS) Bestari Jaya setakat pukul 10.30 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohd. Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, PPS itu dibuka selepas banjir melanda kampung berkenaan sejak pukul 11 pagi semalam.

“Hujan lebat berterusan mengakibatkan air melimpah agak deras dan memasuki kediaman mangsa setinggi hampir satu meter.

“Setakat ini, seramai 43 mangsa masih ditempatkan di PPS iaitu 29 lelaki dan 14 wanita. Mereka turut melibatkan 10 kanak-kanak, enam warga emas dan seorang bayi lelaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Khairul Sobri yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, cuaca ketika ini baik dan pemantauan berkala dijalankan agensi terlibat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) di seluruh kawasan banjir. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI