fbpx

Dua beradik lemas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua beradik yang ditemui lemas dalam parit di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis, Beruas petang tadi. - FOTO: IHSAN PEMBACA

BERUAS – Dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemui lemas dalam parit tidak jauh dari rumah mereka di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis dekat sini petang tadi.

Kedua-dua mangsa ditemui oleh abang sulung yang berusia 10 tahun sebelum memberitahu ibunya yang kemudian meminta bantuan orang ramai.

Difahamkan mangsa keluar bermain berdekatan rumah pada pukul 5 petang ketika ibu mereka sedang memasak sebelum wanita itu meminta anak sulungnya mencari mereka setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Semasa polis tiba mayat dua kanak-kanak itu telah dibawa ke rumah oleh petugas Klinik Kesihatan Pantai Remis.

“Pemeriksaan mereka mengesahkan kematian dua kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nor Omar memaklumkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Jelas beliau lagi, setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI