fbpx

Maloney perlukan strategi terbaik berdepan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY memerlukan strategi terbaik untuk berdepan Vietnam pada aksi separuh akhir Sukan SEA Vietnam 2021 yang berlangsung di Stadium Viet Tri esok.

HANOI – Persoalan tentang laluan mudah atau sukar dalam misi merebut ‘ibu emas’ pada Sukan SEA Vietnam 2021 terus diperkatakan pemerhati bola sepak dan juga peminat bola sepak negara.

Bagaimanapun, perkara itu enggan difikirkan pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney yang menegaskan, perkara paling utama ketika ini adalah membuat strategi terbaik untuk berdepan Vietnam pada separuh akhir yang berlangsung di Stadium Viet Tri esok.

Jelasnya, untuk menjadi juara, skuad negara tidak boleh memilih siapa lawan di peringkat empat terbaik kerana semua pa­sukan yang layak memiliki kekuatan tersendiri.

“Semua pasukan yang layak ke separuh akhir adalah pasukan yang baik. Jika kita mahu menjadi juara, kita perlu tewaskan pa­sukan yang terbaik apabila kita berada di peringkat seterusnya.

“Siapapun yang menjadi lawan kita (di separuh akhir), kita harus bekerja keras seperti aksi di pe­ringkat kumpulan dan berusaha sebaik mungkin menentang pa­sukan lawan,” ujar Maloney.

Pilihan bertemu sama ada juara bertahan, Vietnam atau Indonesia sebenarnya terletak di tangan pasukan negara, namun keputusan menurunkan skuad kedua yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Kemboja pada aksi terakhir pe­ringkat Kumpulan B, ketika Thailand melakar kemenangan 1-0 ke atas Laos, Isnin lalu ‘memakan diri’.

Kemenangan Thailand me­nyaksikan skuad kendalian Alexandre Polking mengumpul sembilan mata sepanjang aksi peringkat kumpulan untuk berdepan naib juara Kumpulan A, Indonesia.

Untuk rekod, skuad bimbi­ngan Park Hang Seo itu mengungguli Kumpulan A hasil tiga kemenangan dan satu keputusan seri bagi mengumpul 10 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI