fbpx

PGA rampas 30,000 liter diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Jalan Sungai Tiram, Johor Bahru, pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Sepasukan polis dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan minyak diesel dengan merampas 30,000 liter minyak bersubsidi itu yang bernilai RM64,500 di Jalan Batu 18, Jalan Sungai Tiram, di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan bersama anggota Polis Balai Ulu Tiram, di sini pukul 4.30 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan.

“Tangkapan dan rampasan yang dibuat diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis dari Batalion 5 PGA turut membuat rampasan 30,000 liter minyak diesel subsidi, sebuah lori tangki dengan nilai anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

Dimin berkata, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah Johor Bahru.

“Kami menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280,” katanya.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI