fbpx

Tidak perlu wakil doktor pelatih, elak prejudis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 di PICC, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tidak perlu wakil daripada doktor pelatih untuk terlibat dalam pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menjalankan siasatan susulan kes buli di lapangan hospital, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, penubuhannya juga adalah secara bebas sekali gus bagi memastikan tiada pandangan prejudis di dalam pasukan petugas khas tersebut.

“Sebab itu di dalam pasukan petugas khas ini tidak ada doktor pelatih dan pegawai perubatan (MO) yang ada di hospital. Walaupun ada doktor tetapi tidak ada MO.

“Kita mahu pasukan bebas dan mereka juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan petugas khas ini akan mendengar pandangan semua pihak.

“Jadi tidak timbul soal ia tidak inklusif kerana mereka akan dengar pendapat dan pandangan,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang dilantik di dalam pasukan itu juga adalah di luar bidang lapangan hospital dalam memastikan laporan yang dibuat adalah bebas, seimbang dan adil untuk semua pihak.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) ditubuhkan secara rasmi antaranya bagi menganalisis maklumat dan hasil siasatan insiden kematian seorang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI