fbpx

Hong Kong sekat semua penerbangan dari Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Suruhanjaya Penerbangan Hong Kong menggantung semua penerbangan antara bandar raya itu dan  Kuala Lumpur selama dua minggu selepas lima penumpang sebuah pesawat Cathay Dragon dari India dan melakukan transit di Malaysia disahkan positif virus Covid-19, lapor akhbar South China Morning Post hari ini.

Menurut  seorang  jurucakap Cathay Dragon, pihaknya dimaklumkan malam kelmarin oleh pihak berkuasa  kesihatan Hong Kong bahawa  lima penumpang penerbangan KA734 dari Kuala Lumpur pada Jumaat lalu  didapati positif Covid-19.

“Berdasarkan keputusan ujian saringan yang diterima, Jabatan Penerbangan Awam telah mengambil keputusan menggantung sementara kesemua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Hong Kong sehingga 3 Oktober ini,” kata jurucakap  tersebut.

Menurutnya, lima penumpang yang disahkan positif koronavirus  itu tiba di Malaysia dari India dengan menaiki penerbangan Air India Express. Mereka kemudian menaiki  pesawat  Cathay Dragon menuju Hong Kong.

Pihak Cathay Dragon berkata, mereka telah melakukan pemeriksaan kesihatan yang ketat terhadap semua penumpang terbabit dan menjalankan proses sanitasi pesawat yang digunakan.

Pada masa sama, syarikat penerbangan itu juga akan mengesan penumpang  lain yang berada hampir dengan lima  individu  positif Covid-19 itu.

Sebulan lalu, syarikat penerbangan Air India dikenakan hukuman serupa, menyebabkan beribu-ribu rakyat India yang ingin pulang ke Hong Kong tidak dapat berbuat demikian selepas terkandas beberapa bulan di luar negara. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI