fbpx

‘Bantu saya beli mesin jahit, nak sara anak dan ibu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syd Mohd. Radzee sabar melayan kerenah anaknya yang menghidap Cerebral Palsy dan ibunya yang terlantar akibat strok di rumahnya di PAKR Sungai Pandan, Kuantan.

KUANTAN – Kejadian banjir Di­sember tahun lalu memberi kesan besar kepada seorang tukang jahit apabila dia kehilangan sumber pendapatan selepas semua mesin jahitnya musnah dalam musibah itu.

Syd Mohd. Radzee Syd Abd. Rahim, 44, berkata, sejak lima bulan lalu dia buntu untuk mencari modal bagi membeli atau membaiki mesin jahit berkenaan bagi menyara keluarga termasuk menampung kos perbelanjaan rawatan anak sulungnya, Syd Naj­wan Amir, 16, yang menghidap pe­nyakit cerebral palsy.

Bapa kepada kepada dua anak yang menetap di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Su­ngai Pandan di sini berkata, pada masa ini dia bergantung kepada upah memotong pakaian daripada sebuah kedai jahit.

“Pendapatan yang diperolehi tidak menentu dan tidak cukup bagi menampung kos membaik pulih tiga buah mesin jahit yang baru saja selesai dilunaskan bayaran pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat dua bulan sebelum kejadian.

“Saya kena bekerja sendiri ke­rana perlu sentiasa menjaga dan berada di samping anak sulung yang menghidap cerebral palsy,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, Syd Najwan Amir sangat rapat dan manja dengan­nya menyebabkan dia susah untuk keluar bekerja di tempat lain.

Selain itu katanya, keadaan ibunya yang diserang strok pada Di­sember tahun lalu juga menyebabkan dia perlu memberi perhatian terhadap wanita itu yang kini terlantar di rumah.

“Sejak kecil sampai sekarang, memang sayalah yang banyak melayan kerenah anak sulung, sebelum bekerja perlu mandikannya dan begitu juga waktu petang.

“Sebab itulah saya harap sa­ngat ada pihak sudi membantu saya dengan memberikan sumbangan mesin jahit baharu bagi memudahkan saya meneruskan kerja menjahit dan pada masa sama boleh menumpukan perhatian terhadap anak dan ibu saya,” katanya.

Dalam pada itu dia memanjatkan rasa syukur terhadap bantuan orang kelainan upaya terlantar yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kira-kira RM500 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringatkan beban mereka seke­luarga.

“Dengan elaun itu saya gunakan untuk kos ulang alik ke hospital, hantar anak ke Pusat Dalam Komuniti dan membeli susu serta lampin pakai buang selain pendapatan bulanan yang saya terima,”ujarnya.

Bagi pihak yang membantu boleh menghubungi Syd Mohd. Radzee di talian 013-811 9714.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI