fbpx

Keluarga harap jasad mangsa terjun Sungai Kelantan segera dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamariati menunjukkan gambar mangsa dan keluarga yang berkunjung ke rumahnya pada hari raya pertama baru-baru ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Kakak kepada seorang penjawat awam yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini berharap jasad lelaki itu segera ditemui.

Kamariati Omar, 56, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa yang berusia 46 tahun pada hari raya pertama apabila adiknya itu bertandang ke rumah Kampung Wakaf Merah, Pasir Mas bersama isteri dan anak-anak.

Menurutnya, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan masalah malah dia kelihatan amat ceria menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan saya tahu perangainya kerana kami berdua amat rapat.

“Besar harapan kami sekeluarga agar operasi menyelamat ini dipermudahkan dan jasad adik saya dapat ditemui dengan segera. Keluarganya juga telah mengadakan solat hajat dengan harapan supaya mangsa dijumpai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya menyambung semula operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kira-kira pukul 9.15 pagi tadi selepas operasi dihentikan petang semalam.

Katanya, SAR diperluaskan sehingga 200 meter bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas dan masih tiada sebarang petunjuk ditemui setakat ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan sejak lebih setahun lalu dipercayai lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang berusia 46 tahun meninggal motosikal jenis Honda Wave sebelum dikhuatiri lemas di sungai berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI