fbpx

Menteri di Britain saran rakyat tukar pekerjaan bergaji tinggi untuk tampung kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RACHEL Maclean mencadangkan orang ramai untuk bekerja lebih masa atau mencari pekerjaan dengan gaji lebih baik. - PA

LONDON – Seorang menteri di Britain telah mencetuskan kemarahan rakyat negara itu selepas mencadangkan orang ramai untuk bekerja lebih masa dan mencari pekerjaan dengan gaji lebih baik bagi menangani krisis kenaikan kos sara hidup, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menteri Perlindungan di Pejabat Dalam Negeri, Rachel Maclean berpendapat, langkah itu akan membantu keluarga mengimbangi inflasi yang melambung tinggi dan bil tenaga yang meningkat.

Beliau juga mengakui pendekatan itu tidak sesuai terhadap semua isi rumah. 

“Saya fikir apa yang perlu kita fokuskan sekarang adalah untuk jangka masa panjang. Kita mengalami tekanan jangka pendek yang disedari.

“Namun, dalam jangka panjang kita perlu mempunyai rancangan untuk mengembangkan ekonomi dan memastikan orang ramai dapat melindungi diri dengan lebih baik, sama ada bekerja lebih jam atau menukar pekerjaan dengan gaji lebih baik,” kata Maclean kepada stesen penyiaran Sky News.

Tambah menteri yang berusia 56 tahun itu, pendekatan itu mungkin sesuai untuk mereka yang mempunyai lebih banyak masa lapang tetapi tidak sesuai untuk yang memiliki tiga pekerjaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI