fbpx

Ronaldo ada dalam rancangan Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO

MANCHESTER – Ketika masa depannya masih lagi menjadi persoalan, Cristiano Ronaldo dijangka akan terus menjadi watak penting kepada transformasi yang bakal dibawa oleh pengendali baharu, Erik Ten Hag dalam saingan musim depan.

Ten Hag sudah pun memberikan bayangan awal betapa Ro­naldo akan menjadi kunci utama dalam melaksanakan peranca­ngannya musim depan dan pendirian pengurus ini dijangka beri harapan buat peminat United untuk menyaksikan kapten Portugal itu kekal di Old Trafford.

“Sudah pasti tumpuan saya akan terarah kepada United dan akan cuba mendalami beberapa perkara. Analisis secara terpe­rinci perlu dimulakan, namun saya percaya yang United memiliki pemain yang berkualiti.

“Kami perlu pastinya mereka mampu berfungsi secara berpa­sukan dan sudah pasti Ro­naldo adalah bintang’ buat pasukan,” katanya yang turut mengakui mahu mencari cabaran baharu bersama United untuk kembali me­nempatkan kelab itu sebagai gergasi Eropah.

Ten Hag juga menyamakan situasi dihadapinya sekarang dengan detik awal beliau mula memimpin Ajax yang ketika itu turut berdepan titik prestasi pa­ling rendah dalam sejarah bola sepak moden.

“Ada kemungkinan saya boleh memilih kerja lebih mudah dan kelab yang sudah ada asas lebih baik. Namun, saya pilih United kerana ada sesuatu yang kita boleh capai di sana.

“Dalam proses persiapan, saya perlu melakukan beberapa perkara, antara lainnya adalah untuk menyenaraikan kaki­ta­ngan kelab dan ia perlu dilakukan secara berhati-hati.
“Ada banyak perkara yang perlu dilakukan dengan cermat dan ia pasti berikan cabaran kepada saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI