fbpx

Kami tak pernah keluar daripada Search – Din Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIN (dua dari kiri) dan Kid (empat dari kiri) menyerahkan kepada peminat sama ada hendak menyokong atau tidak percayakan kredibiliti mereka sebagai sebuah kumpulan.

PERGESERAN yang tercetus antara ahli kumpulan Search pastinya membuatkan para peminat juga keliru kerana bulan Jun depan, akan ada dua buah konsert berbeza menggunakan jenama atau nama kumpulan sama.

Semua itu dilihat berpunca daripada konflik ahli kumpulan otai berkenaan melibatkan Amy dan Nasir Daud bersama dua gitaris, Din serta Kid yang bagaikan tiada kesudahan.

Situasi kumpulan legenda tersebut diumpamakan seperti ‘kapal berpecah dua’. Konsert atas jenama juga dianjurkan secara berasingan selang masa seminggu sahaja.

Konsert dibarisi dibarisi Amy (penyanyi), Hillary Ang (gitar), Man Kidal (gitar) dan Nasir Daud (bass) dipanggil Konsert Search Endemik akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang City Centre pada 4 dan 5 Jun depan.

Sementara Search yang dianggotai Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Denden Gonjalez (penyanyi) dan Minn (dram) pula beraksi dalam Konsert Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi pada 11 Jun depan.

Persoalannya, mana satu kumpulan Search yang ‘original’ apabila wujud dua pecahan atau ‘puak’ sebegitu.

Kami yang original – Din

Menjawab persoalan tersebut, Din atau nama penuhya, Noordin Mohd Taib yang ditemui baru-baru ini menegaskan Search yang digerakkanmnya adalah yang ‘original’.

“Kami (Seach) yang ‘original’. Selama ini, kami tak pernah keluar kenyataan nak keluar daripada Search dan sebagainya.

“Jika ada kenyataan sebegitu, boleh tunjuk bukti. Kami tak gentar. Kami berani kerana benar,” demikian kata Din ketika ditemui di sidang media dan Rumah Terbuka konsert Search Rockin’ On Rooftop baru-baru ini.

Tambah Din, mereka bersifat terbuka dan menerima andai wujud kelompok peminat yang menganggap Search asli adalah yang bersama Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman.

“Tak mengapa kalau peminat anggap Search yang asli wujud bersama Amy.

“Nak sokong Search yang sana atau yang ini (merujuk kepada mereka), kami terbuka. Kami teruskan perjuangan ini bukan nak berlawan dengan sesiapa. Tak perlu gaduh-gaduh. Kami nak terus berkarya dan nikmati muzik Search,” kata Din.

DENDEN (tengah) bakal mempamerkan aksi sulung selaku vokalis Search pada konsert Search Rockin’ On Rooftop pada
11 Jun nanti.

Bertelagah

Sementara itu, Kid atau nama penuhnya, Hamzah Mohd Taib pula berharap peminat kumpulan Search tidak bertelagah sesama sendiri.

“Tak perlu nak bertelagah. Ini adalah pilihan sekalipun kelompok peminat sudah terbahagi dua.

“Mereka boleh dengar dan sokong ikut suka hati. Tak payah peningkan kepala. Apa yang penting, kita berjuang dan menyokong secara jujur dan matang.

“Nak bertelagah buat apa. Tak mendatangkan faedah dan kebaikan langsung,” kata Kid.

Sementara itu, konsert dirancang bakal menampilkan kelainan terutama daripada segi bunyian, pencahayaan, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

Kumpulan otai itu dijangka membawakan 14 hingga 17 lagu, termasuklah judul yang jarang dan tidak pernah dimainkan Search dalam konsert terdahulu. Contohnya lagu daripada album keenam Search iaitu Rampage yang diterbitkan pada 1992.

Kehadiran Denden, Yan dan Minn juga bakal memberikan arah muzik dan ‘sound’ Search yang lebih segar. Konsert berkenaan juga bakal menampilkan Ratu Rock, Ella sebagai penyanyi undangan berduet dengan Denden.

Tiket-tiket konsert berharga RM88, RM198 dan RM298 boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell.

Pembelian dalam talian boleh dibuat menerusi laman web www.fenomenasearch.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI