fbpx

BTS ungguli sejarah 17 tahun BBMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS

TAK perlu kata apa lagi, BTS sememangnya miliki pengaruh besar di atas peta muzik global. Tahun ini, sekali lagi, kumpulan itu berjaya mencipta sejarah apabila pulang dengan tiga lagi trofi kemenangan pada acara Billboard Music Awards (BBMA).

Anugerah berprestij yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan BTS memenangi trofi bagi kategori Duo Terbaik/Kumpulan, Artis dengan Penjualan Lagu Terbaik dan Penjualan Lagu Terbaik menerusi lagu Butter.

Selain tiga trofi berkenaan, BTS turut tercalon dalam tiga lagi kategori berbeza untuk penganjuran anugerah sama edisi kali ini iaitu Artis Global Billboard Terbaik, Lagu Global Billboard Terbaik dan Lagu Rock Terbaik.

Kemenangan BTS dalam kategori Duo/Kumpulan Terbaik tahun ini sekali gus menjadikan kemenangan tiga tahun berturut-turut untuk anugerah sama.

Lebih manis, trofi yang dibawa pulang BTS juga menjadikan mereka tidak pernah pulang dengan tangan kosong sejak tercalon dalam BBMA pada 2017.

Setakat ini, jumlah keseluruhan trofi yang pernah dimenangi kumpulan dianggotai tujuh ahli itu ialah sebanyak 12 trofi, sekaligus menjadi kumpulan paling memenangi trofi sejarah BBMA.

“Tahniah! Kumpulan paling berjaya dalam sejarah Billboard sekarang. Teruskan unggul,” tulis peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI