PETALING JAYA – Penduduk di Sabah dan Sarawak dinasihatkan agar berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan itu dijangka beransur reda pada lewat petang nanti.
“Di Sarawak melibatkan Serian (Serian), Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Selain itu, di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat serta Labuan,” katanya.
Tambah MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE