fbpx

Isu rosakkan palang hanya isu kecil – Awal Ashaari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awal Ashaari ketika keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas diikat jamin RM2,000.

PETALING JAYA – “Saya nakal? demikian seloroh pelakon dan pengacara Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, berhubung pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang sebuah perumahan di Damansara April lalu.

Awal memaklumkan isu berkenaan adalah benda kecil dan memandangkan sudah menjadi kes mahkamah, dia menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut selain pihak berkuasa untuk menilai.

“Ceritanya panjang, isunya kelakar,” katanya yang turut memaklumkan tempat kejadian itu adalah rumah lamanya yang pernah didiami dahulu.

Sementara itu peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Awal berkata, pihaknya akan mengkaji dahulu pertuduhan yang telah dikemukakan

Ujar peguam itu, selepas dapat menilai pertuduhan tersebut, pihaknya akan memberi nasihat berkenaan tindakan wajar yang diambil selepas ini.

“Bagi kita masa untuk menilai pertuduhan tersebut secara teliti dan ambil tindakan selanjutnya,” kata peguam itu.

Terdahulu, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu sini di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu (2022). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI