fbpx

Perak siap sedia hadapi krisis bekalan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kek sempena Hari Guru di SK Matang Buluh, Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Kerajaan Perak mengambil langkah bersiap sedia dalam menyediakan bekalan makanan ruji bagi menghadapi kemungkinan berlakunya inflasi makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, pihaknya mengambil berat tentang pengeluaran padi bagi menghasilkan beras untuk menjamin bekalan makanan mencukupi.

“Ketika ini kita bergantung beras import sebanyak 30 peratus, namun kita berusaha sedaya meningkatkan hasil pengeluaran padi bagi menjamin bekalan untuk rakyat.

“Berbagai kaedah sedang dijalankan bagi menggandakan hasil keluaran padi untuk setiap hektar,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kek sempena Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Buluh di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini satu hektar tanah sawah hanya mampu mengeluarkan sebanyak 3.1 metrik tan.

“Sekiranya kita mampu menghasilkan dua kali ganda daripada pengeluaran sekarang maka bekalan beras akan cukup untuk rakyat tempatan.

“Kita tidak boleh lagi bergantung semata -mata pada import kerana bimbang sekiranya negara pengeluar beras menghentikan eksport,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI