HANOI – Pingat emas ke-20 negara berjaya dijelmakan skuad berbasikal bukit negara selepas melakar kejutan dalam acara rentas desa Olimpik campuran yang berlangsung di Wilayah Hoa Binh – venue yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari Hanoi, sebentar tadi.
Skuad disertai Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin mencatatkan 1 jam 23 minit dan 14 saat selepas melepasi cabaran 20.8 kilometer.
Kemenangan tersebut sekali gus membutirkan kilauan emas pertama skuad berbasikal negata di temasya Sukan SEA Vietnam.
Perak dimenangi skuad Vietnam dengan catatan 1:23.48s manakala Thailand membawa pulang gangsa, 1:24.54s. – KOSMO! ONLINE