fbpx

4 sungai di Selangor lepasi paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak empat sungai di Selangor mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya susulan hujan lebat setakat pukul 6.15 petang tadi.

Menurut laman web rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Selangor, kesemua sungai terbabit masih menunjukkan trend meningkat.

Ia melibatkan Sungai Klang di Stesen Bandar Klang dengan bacaan sebanyak 3.14 meter (m) melebihi paras bahaya.

Sungai Batang Kali dan Sungai Tengi di Hulu Selangor juga mempunyai bacaan tinggi melebihi paras bahaya dengan bacaan masing-masing iaitu 36.43 m dan 2.45 m.

Sementara itu, Sungai Langat di Stesen RS Batu 8, Kuala Langat turut dilaporkan melepasi paras bahaya dengan catatan 2.38 m.

Dalam pada itu, tiga lagi sungai di kawasan Kuala Selangor, Sepang dan Hulu Langat turut menunjukkan peningkatan apabila melebihi paras amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI