fbpx

Suami maut, isteri parah tidak sempat tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditutup selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Paya Ikan, Melaka hari ini.

MELAKA – Hasrat seorang suami ingin menunaikan umrah bersama isteri tercinta tidak kesampaian apabila dia maut dalam nahas motosikal di Jalan Paya Ikan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa, Kamaruddin Karim, 57, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di lokasi.

Isterinya, Linda Awal, 43, yang ikut membonceng terselamat, namun mengalami patah tulang rusuk bahagian kanan dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, kemalangan berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari arah Duyong menghala ke Paya ikan.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal ditunggangi mangsa telah hilang kawalan dan terbabas sendiri dipercayai berlaku atas unsur jalan basah kerana cuaca hujan.

“Mangsa terbabas ke kiri jalan dan jatuh berdekatan kawasan rumput di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, akibat kemalangan itu, Kamaruddin yang merupakan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI