fbpx

Ping pong ada sinar di Sukan SEA Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD ping pong lelaki negara meraih perak selepas terpaksa akur dengan kehebatan Thailand pada aksi final.

HANOI – Kejayaan mara ke final acara berpasukan lelaki di Sukan SEA Vietnam, kelmarin disifatkan sebagai satu petanda baik untuk kem ping pong negara pada masa akan datang.

Perkara itu diakui jurulatihnya, Beh Lee Wei dan dia berharap pasukan itu dapat terus membina peningkatan yang telah mereka capai di Vietnam menjelang temasya kali ke-32 di Kemboja tahun depan.

Turun sebagai pasukan pilihan, Malaysia tunduk 1-3 kepada Thailand sekali gus menyumbang pingat perak buat negara, namun pastinya ia adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk Malaysia.

Keputusan itu juga merupakan kali pertama Malaysia mara ke final dalam acara berpasukan lelaki sejak edisi 1993 temasya di Singapura. 

Malaysia hanya pernah memenangi emas berpasukan sekali sebelum ini iaitu pada edisi 1975 di Bangkok.

“Kejayaan (mara ke final) adalah sejarah buat kami kerana Malaysia sudah lebih 20 tahun tidak ke final acara berpasukan lelaki di Sukan SEA.

“Saya boleh katakan pasukan lelaki sudah mengatasi prestasi mereka. Sasaran kami di sini adalah untuk memenangi dua gangsa tetapi kami kini mempunyai satu perak dan satu gangsa.

“Ini adalah pasukan baharu (lelaki) dan kami tidak mempunyai Leong Chee Feng di temasya Manila 2019. Saya fikir kami masih mempunyai masa untuk membuat perancangan terbaik bagi meningkatkan prestasi pasukan ini sebelum ke Kemboja tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan wanita pula menyumbang gangsa untuk kem negara.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI