fbpx

Tanah runtuh : Laluan Kampung Batu-Inas ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Kampung Batu-Inas menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong ditutup kedua-dua arah untuk semua kenderaan berikutan tanah runtuh dan pokok tumbang. - FOTO: NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Jalan Kampung Batu-Inas menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong di sini ditutup kedua-dua arah untuk semua kenderaan berikutan tanah runtuh dan pokok tumbang.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian kira- kira pukul 3.30 petang.

Menurutnya, kejadian berkenaan mungkin berlaku lebih awal berikutan hujan yang agak lebat sejak tengah hari tadi.

“Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilaksanakan oleh pasukan penyelamat dan agensi berkaitan.

“Buat masa ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif di Kampung Sri Repah, Tampin untuk ke Kuala Pilah mahupun Rembau berikutan laluan berkenaan masih sedang dinilai kesesuaiannya untuk dilalui bagi tujuan keselamatan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI