fbpx

Bastianini cemerlang tawan litar Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI berjaya meraih kemenangan ketiga musim ini selepas muncul juara pada perlumbaan di GP Perancis kelmarin. – AFP

LE MANS – Pelumba pasukan Gresini Racing, Enea Bastianini lega percaturannya pada Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans malam kelmarin membuahkan hasil apabila dia berjaya memenangi perlumbaan itu.

Pelumba Itali itu yang bermula di petak kelima menjelaskan, dia cuba memberi tekanan kepada pendahulu perlumbaan, Fran­cesco Bagnaia sebelum memin­tas rakan senegaranya itu pada pusingan ke-21.

Kemudian, Bagnaia yang cuba mengejar kembali kedudukan hadapan berdepan detik mengecewakan apabila terjatuh, sekali gus gagal untuk menamatkan perlumbaan dan mengutip sebarang mata.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan pada hari ini (kelmarin) kerana kami mengharungi minggu yang cukup sukar, lebih-lebih lagi tidak dapat mencari pelarasan terbaik untuk jentera.

“Semasa perlumbaan, saya berjaya menghampiri Pecco (Bagnaia), tetapi saya tidak mahu terburu-buru untuk memintas.

“Saya hanya mengekori dari belakang dan memberikan sedi­kit cabaran untuk membuatkan dia gementar,” kata Bastianini.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada pasukan yang bertungkus-lumus menyediakan jentera terbaik bagi memastikan dia terus berada dalam kelompok teratas carta kejua­ra­an dunia.

“Kejayaan hari ini (kelmarin) adalah disebabkan kerja keras pasukan yang mencari pelarasan terbaik untuk jentera.

“Mereka sudah buat kerja yang cukup hebat dan saya berterima kasih kepada pasukan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI