fbpx

Conte akui Spurs layak dapat penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE berjaya meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Burnley kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte gembira menyaksikan persembahan pa­sukannya yang berjaya menewaskan Burnley 1-0 kelmarin biar­pun ia diselubungi kontroversi sepakan penalti yang dianugerahkan kepada pasukannya.

Biarpun berdepan sedikit tekanan ekoran tentangan yang diberikan anak-anak buah Mike Jackson, mereka hampir menambah jaringan menerusi Son Heung-min, namun dinafikan oleh kecekapan Nick Pope.

Spurs juga berjaya mempertahankan kelebihan satu gol ber­kenaan terutama ketika Burnley gagal memanfaatkan peluang menerusi Ashley Barnes pada babak kedua selain gagal me­nembusi benteng The Clarets yang menggunakan strategi bertahan.

“Saya melihat ada yang memberikan komen mengenai keputusan pengadil memberikan sepakan penalti tersebut, ia bukan 100 peratus jelas, tetapi 200 peratus. Kami juga kemudiannya berjaya mencipta peluang, namun diselamatkan penjaga gol mereka.

“Pada saya, kami perlu menjadi lebih tajam di depan gawang. Jika kami mampu menambah satu lagi gol, kami mungkin mampu bermain tanpa ketakutan dalam tempoh 50 minit berbaki,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan harapan Spurs untuk menyingkirkan Arsenal dan layak ke sai­ngan Liga Juara-Juara semakin cerah ketika mereka hanya akan berdepan Norwich City pada aksi terakhir.

Dalam pada itu, Burnley mengharapkan Leeds United akan tewas berdepan Brighton dan Brentford pada dua aksi terakhir untuk mereka terus kekal di saingan Liga Perdana Inggerus musim depan.

Burnley akan berdepan Aston Villa Jumaat ini sebelum turun menghadapi aksi terakhir liga musim ini di Turf Moor melayan kunjungan Newcastle United.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI