fbpx

80 pengunjung terperangkap kepala air di Air Terjun Asahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengunjung yang terperangkap di Air Terjun Asahan akibat insiden kepala air.

JASIN – Seramai 80 pengunjung dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di Air Terjun Asahan di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Rizuan Suliman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.01 tengah hari dan sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, pasukan tiba di lokasi pada pukul 1.27 tengah hari dan setakat pukul 3 petang tadi seramai 60 mangsa telah berjaya dibawa turun dengan selamat.

“Kira-kira 80 pengunjung telah terperangkap di atas bukit di kawasan riadah susulan kejadian kepala air. Hujan lebat kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

“Seramai 60 mangsa berjaya dibawa turun manakala 20 lagi pengunjung mahu meneruskan aktiviti berkhemah. Namun kita telah pun meminta bantuan polis untuk menasihatkan mereka supaya pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, kesemua mangsa dibawa turun dengan cara berjalan kaki menyeberangi limpahan kepala air.

“Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan, hanya sebuah kereta masih terkandas dalam kejadian itu.

“Kita masih menjalankan pemantauan di lokasi dan memotong pokok-pokok yang telah tumbang disebabkan arus deras kepala air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI