fbpx

Saintis berjaya tanam tumbuhan Bumi guna tanah Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tumbuhan yang ditanam semasa eksperimen dipindahkan ke botol untuk dianalisis. - UF/IFAS/Tyler Jones

WASHINGTON – Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berjaya menggunakan sampel bahan dari permukaan Bulan yang dipanggil ‘regolith’ untuk menanam tumbuhan di Bumi, lapor laman CNet, kelmarin.

Benih tumbuhan Arabidopsis thaliana, yang berkaitan dengan sayur sawi, didepositkan dalam sampel kecil regolith yang dikumpulkan pada tiga misi Apollo yang berbeza, setengah abad yang lalu.

Walaupun benih bercambah dan membesar, ia tidak benar-benar tumbuh dengan baik.

“Tanah Bulan tidak mempunyai banyak nutrien yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tumbuhan,” kata saintis dari Universiti Florida, Stephen Elardo.

Elardo ialah pengarang bersama kertas kerja penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Biologi Komunikasi bersama dengan Anna-Lisa Paul dan Robert Ferl.

Menurut Ferl, meskipun tumbuhan itu berkembang dengan situasi terbatas, ia masih mampu tumbuh dengan sedikit bantuan daripada pasukan yang membekalkannya cahaya, air dan nutrien.

“Selepas dua hari, benih itu mula bercambah. Sukar untuk saya gambarkan betapa terkejutnya kami,” kata Ferl.

Menjelang akhir minggu pertama kajian, tumbuhan dalam regolith menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan, akar dan daun terbantut serta beberapa bintik merah.

Analisis genetik kemudian mengesahkan sayur-sayuran itu mengalami tekanan.

Regolith Bulan mempunyai butiran yang sangat halus dan seperti serbuk, tetapi butiran tersebut ‘bermata’ tajam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI