fbpx

Dua beradik terperangkap dalam kereta, sakan ‘pesta bedak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan seorang kanak-kanak perempuan yang 'mandi' bedak.

PETALING JAYA – Insiden kanak-kanak terperangkap di dalam kereta pasti menimbulkan suasana cemas kepada ibu bapa terutamanya.

Namun, dalam masa yang sama, kebanyakan kanak-kanak tersebut tidak memahami situasi berbahaya berkenaan sehingga ada yang melakukan pelbagai aktiviti lain sewaktu mereka masih terkunci di dalam kereta.

Seperti perkongsian seorang pengguna media sosial, Asyaa Zainal, memaklumkan dua orang anaknya terperangkap di dalam kereta disebabkan ia terkunci secara automatik.

Sehubungan itu, dia segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Selepas hampir 20 minit, akhirnya dua orang anaknya berjaya dibawa keluar.

Apa yang menarik perhatian ramai ketika itu, gelagat dua orang kanak-kanak berkenaan dilihat leka bermain bedak di dalam kereta tanpa menghiraukan kerisauan orang lain.

Menerusi rakaman yang dimuat naik itu, Asyaa mengambil anak perempuannya yang juga dalam keadaan penuh dengan bedak seolah-olah seperti dimandikan kerana melekat pada rambut, muka dan pakaiannya.

Jelasnya, perbuatan tersebut berpunca dari anak lelakinya yang juga terperangkap bersama di dalam kereta.

“Itu semua kerja abang dia, habis tuang satu botol bedak pada adik,” tulisnya di ruangan komen.

Rata-rata orang ramai terhibur melihat kejadian tersebut disebabkan gelagat lucu kanak-kanak berkenaan.

“Rasanya adik perempuan tak trauma kereta terkunci, tapi trauma kena mandikan bedak dengan abang,” seloroh seorang pengguna.

“Saya keliru dan sedih dengan insiden bahaya tersebut atau nak gelak tengok keadaan dua beradik tersebut, pesta bedak baru best, buat apa menangis,” ujar Atiaa.

“Bosan sangat kanak-kanak itu tunggu bomba buka pintu, main la apa patut dulu,” kata Saiful. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI