fbpx

Guru jangan pernah lelah jadi pelita Keluarga Malaysia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Habis Kapsyen - Poster ucapan Selamat Hari Guru oleh Perdana Menteri yang dimuat naik ke laman Facebook beliau hari ini.

PUTRAJAYA – Tanggal 16 Mei setiap tahun sudah pastinya merupakan hari yang cukup bermakna buat warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru boleh diumpamakan seperti pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat malah onak dan dan ranjau yang mendatang tetap ditempuhi dengan tenang.

“Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ juga bertepatan dengan komitmen mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara.

“Saya berharap para pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia kita,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook beliau hari ini.

Menerusi perkongsian sama, Ismail Sabri turut mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru.

“Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI