fbpx

Jung Ryeo-won, Hyo-jin, Son Dam-bi bercakaran?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA jelitawan (dari kiri), Jung Ryeo-won, So Dam-bi dan Hyo-jin dikatakan tidak lagi bersahabat baik.

SPEKULASI tentang perang dingin antara tiga aktres jelita, Jung Ryeo-won, Gong Hyo-jin dan Son Dam-bi tiba-tiba menjadi perhatian netizen selepas ada yang mendakwa mereka sudah tidak lagi bersahabat baik.

Semua dakwaan tercetus selepas Ryeo-won dan Hyo-jin tidak hadir pada majlis perkahwinan Dam-bi bersama pasangannya, bekas atlet Olimpik, Lee Kyu-hyuk pada Jumaat minggu lalu.

Netizen mula membangkitkan spekulasi bahawa keakraban antara ketiga-tiga aktres itu sudah terlerai.

Selepas isu berkenaan menjadi perhatian, agensi Ryeo-won dalam satu kenyataan memberitahu, aktres itu tidak dapat hadir ke majlis rakan baiknya pada tarikh yang sama kerana menjalani penggambaran drama di Chuncheon, Gangwon-do.

Sementara Hyo-jin pula sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Peminat ada melihat dia meninggalkan tanda suka pada hantaran rakan mereka yang berkongsi gambar perkahwinan Dam-bi.

Isu tersebut menuai perhatian yang berbeza daripada netizen kerana ada sesetengahnya beranggapan perkara tersebut sangat remeh dan privasi yang tidak perlu dijelaskan kepada umum.

Ada juga peminat beranggapan apa yang dilakukan Ryeo-won tidak masuk akal kerana hari tersebut adalah momen besar bagi rakan baiknya. Dia seharusnya menyusun jadual dengan baik sekiranya benar-benar mahu hadir ke majlis Dam-bi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI