fbpx

22 ‘hotspot’ kemalangan kenderaan berat sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran kereta dan treler muatan besi yang mengorbankan lima individu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora.

PETALING JAYA – Sebanyak 22 kawasan ‘hotspot’ kemalangan melibatkan kenderaan berat telah dikenal pasti di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan melibatkan kedua-dua arah.

Menerusi satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikongsi di laman Facebook Public Health, kawasan tersebut termasuklah sekitar Terowong Menora di Ipoh, Perak.

Tambah mereka, bagi bahagian utara kawasan hotspot kemalangan adalah melibatkan Kilometer (KM) 104.4–109.0; KM 125.7–131.0; KM 143.0–148.3; KM 228.0–234.5; KM 256.1–259.0 dan KM 263.1–268.4.

Turut menjadi hotspot bagi bahagian utara adalah KM 292.0–297.1; KM 307.8–313.0; KM 381.9–385.5; KM 443.0–449.4 dan KM 454.3–458.9.

“Bagi kawasan selatan pula, antara kawasan ‘hotspot’ adalah KM 280.9–285.5; KM 271.0–275.5; KM 243.6–246.9; KM 229.4–234.4; KM 218.9–223.3 dan KM 195.0–197.7.

“Turut terlibat adalah KM 145.6–149.4; KM 123.6–126.5; KM 81.0–83.0; KM 25.5–30.6 dan KM 12.6–17.6,” katanya di laman Facebook.

Menurut kajian itu lagi, pengguna kenderaan berat hanya sembilan peratus sahaja ketika ini, namun kemalangan maut melibatkan kenderaan ini hampir mencecah 50 peratus.

Justeru kata mereka, tindakan bersepadu daripada pihak yang terlibat perlu disegerakan bagi mencegah kemalangan melibatkan kenderaan berat.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna bersetuju dengan kajian tersebut dan pada masa sama mereka turut berkongsi pengalaman semasa memandu di lebuh raya berkenaan.

“Kat atas lebuh raya selamba lori besar ini memotong lorong kanan,”tulis Tabuan Jate.

“Papan tanda kenderaan berat dilarang memotong hanya sekadar hiasan, sepanjang lebuh raya kenderaan berat sesuka hati guna kesemua lorong,” kata Rudyhariff Shariman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Alif Safuan Zainal Abidin.

“Sudah tiba masanya pihak PLUS menyediakan satu jentera FRT dan EMRS di setiap exit plaza tol, supaya tindakan kecemasan jadi lebih cepat, dapat memberi bantuan awal sebelum bomba tiba,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI