fbpx

Ribut petir di lapan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di beberapa kawasan melibatkan lapan negeri pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlarutan sehingga tengah hari nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis manakala di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

“Di Perak, amaran dikeluarkan di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya.

Sementara itu, turut terlibat iaitu Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan di Pahang.

“Di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Di Sarawak, amaran sama turut dikeluarkan di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI