fbpx

Pemandu CRV halang laluan ambulans ada masalah pendengaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Honda CRV (kanan) ditahan kerana disyaki menghalang laluan ambulans di Kilometer 292 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran RTC Gopeng di sini hari ini.

KAMPAR – Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang disyaki menghalang laluan ambulans di Kilometer 292 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini ditahan hari ini.

Polis sebelumnya memanggil pemandu dan pemilik SUV itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.

Katanya, hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan berusia 62 tahun itu mengalami masalah pendengaran ‘Tinnitus-Acoustic Neuroma’ sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit berkenaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan

Sebelum ini, video berdurasi 37 saat itu tular selepas dimuat naik pengguna media sosial di laman Facebook semalam memaparkan SUV itu enggan memberi laluan kepada ambulans hingga memaksa pemandu ambulans ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI