fbpx

Gilchrist idam raih emas ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GILCHRIST tiba di Hanoi dengan misi meraih pingat emas ketujuh pada pentas Sukan SEA dalam acara billiard. – AFP

HANOI – Atlet paling tua di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 dari Singapura, Peter Gilchrist tekad untuk memenangi pingat emas ketujuh berturut-turut pada temasya sukan Asia Tenggara itu.

Gilchrist, 54, yang akan mewakili negaranya menerusi sukan billiard mengakui tidak sangka untuk terus menyarung jersi Singapura dalam saingan kali ini selepas mendapat kewarganegaraan pada 2006.

Dia yang pernah menjadi jurulatih pasukan snuker Singapura pada Sukan SEA Viet­nam 2003 me­ngakui teruja dan gembira untuk terus mengibar cabaran dengan meletakkan sasaran dua pingat emas kali ini.

“Saya menjadi jurulatih skuad snuker Singapura pada 2003 enam bulan sebelum temasya Sukan SEA berlangsung. Pada mulanya, saya agak ragu-ragu, tetapi mengambil keputusan untuk terima tawaran yang dikemukakan.

“Sekarang saya sudah memenangi enam pingat emas berturut-turut buat Singapura pada edisi 2009 hingga 2017. Saya fikir keputusan yang dibuat untuk datang ke Singapura pada 2003 adalah langkah tepat,” kata Gilchrist.

Sebagai rekod, atlet kelahiran United Kingdom itu juga merupakan salah seorang atlet yang menerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan Singapura bagi memboleh­kan dia fokus terhadap sukan secara sepenuh masa.

Pada masa sama, Gilchrist juga dianggap antara atlet billiard terbaik dunia apabila pernah memenangi kejuaraan dunia sebanyak dua kali pada saingan 2013 dan 2015.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI