fbpx

Harimau Muda tidak mahu terleka lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara perlu memanfaatkan peluang dan mempertajamkan sentuhan ketika berada di hadapan gawang lawan sekiranya berhasrat untuk membenam Kemboja. – FB FAM

HANOI – Jika mahu mengelak daripada bertemu tuan rumah, Vietnam di separuh akhir bola sepak pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021, skuad Bawah 23 (B-23) negara perlu menewaskan Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan B hari ini.

Bagaimanapun, itu bukan perkara utama yang bermain di fikiran pengendali pasukan, Brad Maloney ketika ini yang berharap para pemainnya mampu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Kum­pulan B pada pertemuan ter­akhir itu nanti.

Jelas jurulatih dari Australia itu, walaupun Malaysia sudah mengesahkan slot ke se­paruh akhir, namun beliau tidak mahu anak buahnya leka dan memberi peluang kepada Kemboja meraih kemenangan pada perlawanan terakhir itu.

“Saya tidak mahu memikirkan lawan di separuh akhir kerana pasukan seperti Vietnam, Indonesia dan Myanmar cukup kuat dengan memiliki barisan pemain hebat.

“Fokus sekarang adalah ber­hadapan dengan Kemboja termasuklah memperbaiki kelemahan terutama apabila pemain gagal manfaat peluang di hadapan gol lawan.

“Jika melihat perlawanan me­nentang Singapura, kita menguasai perlawanan dan terlalu ba­nyak peluang untuk menja­ringkan gol, namun gagal menerjah gawang lawan,” kata­nya.

Slot separuh akhir acara bola sah menjadi milik Malaysia susulan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Perkembangan itu menyaksikan skuad B-23 negara memperbaiki pencapaian di Filipina pada 2019 yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat kum­pulan.

Kelmarin, skuad kendalian Maloney seri 2-2 dengan Singa­pura, tetapi masih kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand enam mata di tangga kedua.

Vietnam kini berada di kedudukan teratas Kumpulan A dengan tujuh mata, manakala Indonesia dan Myanmar berkongsi enam mata berbaki satu perlawanan lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI