fbpx

Penagih dadah bakar rumah pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah pusaka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu Putih, Kerteh dekat Kemaman hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Hanya kerana permintaan untuk diberikan wang untuk membeli dadah ditolak, seorang lelaki dipercayai penagih dadah sanggup membakar rumahnya sendiri di Kampung Batu Putih, Kerteh dekat sini hari ini.

Perbuatan lelaki berusia 47 tahun pada pukul 10.30 pagi itu menyebabkan rumah pusaka milik keluarganya yang berusia puluhan tahun musnah terbakar.

Sebelum kejadian, suspek difahamkan telah meminta duit daripada salah seorang ahli keluarganya dipercayai untuk membeli bekalan dadah.

Dia kemudiannya mengamuk sebelum membakar rumah pusaka yang didiami bersama adiknya, Mohd. Amran Mohd. Nor, 37, selepas permintaannya itu tidak dilayan.

Sementara itu, Mohd. Amran berkata, dia bergegas dari tempat kerja sebaik dimaklumkan kebakaran berkenaan.

“Saya terkejut dihubungi salah seorang rakan memaklumkan tentang kebakaran ini. Sewaktu saya tiba, eumah kami telah hangus terbakar sepenuhnya.

“Sewaktu saya keluar bekerja pada pagi tadi (semalam), saya tengok abang saya dalam keadaan biasa sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Amran berkata, dia dan ahli keluarganya lain yang tinggal berdekatan telah menyerahkan abang kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI