fbpx

Polis akan ambil tindakan lelaki cabul budak perempuan 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis akan mengenakan tindakan terhadap seorang lelaki disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di perumahan sekitar Kerinchi, di sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kes itu disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Kuala Lumpur.

“Kita telah merakam keterangan mangsa dan suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

“Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental dan kita akan membawa suspek ke Hospital Bahagia selepas mendapat perintah mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku pada pukul 10.15 pagi apabila ibu mangsa menyuruh kanak-kanak perempuan itu pergi ke kedai runcit di hadapan rumah bersama sepupu lelaki berusia tiga tahun.

Ibu mangsa mendakwa suspek yang berusia lingkungan 30-an itu kemudian bertindak mengejar mangsa dan menahan pintu lif sebelum meraba alat sulit serta dada kanak-kanak perempuan itu.

Menurut ibu mangsa, dia mendakwa kejadian itu pernah berlaku sebelum ini dan laporan polis dibuat kerana risau akan keselamatan dirinya serta anak-anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI