KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan akan memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi calon kepada parti.
Jelasnya, ketika ini seramai 12 juta pengundi muda yang berumur atas 18 tahun telah layak untuk mengundi.
“Jumlah tesebut amat besar daripada jumlah 21 juta rakyat yang layak mengundi, kita perlu beri peluang kepada golongan muda.
“Kepada calon yang sudah lima ke lapan penggal berjaya janganlah rasa terlalu selesa, ” jelasnya ketika memberi ucapan di Perhimpunan Agung UMNO Khas di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.- KOSMO! ONLINE