fbpx

MK K-Clique buat wanita patah hati lagi – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video MK dilihat berpegangan tangan dengan seorang wanita ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyanyi rap kegilaan ramai MK K-Clique sekali lagi mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminatnya apabila tular sebuah video sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dilihat menghadiri sebuah majlis di sebuah dewan dan berpakaian sedondon berwarna hitam dengan wanita terbabit.

“Ada yang patah. Bukan kayu tetapi hati (diikuti dengan emoji hati terbelah),” tulis pemilik video tersebut dalam ruangan kapsyen.

Video tersebut seterusnya membuatkan ramai netizen patah hati dan tidak keruan kerana belum bersedia untuk menghadapi kebenaran pelakon drama The Hotel itu sudah berpunya.

“Sampai hati awak, penat saya hafal semua lagu awak. Nak patah hati tepi bucu katil,” komen seorang netizen.

“Bukan setakat patah hati, patah-riuk juga ini. Nasiblah aku sudah kahwin. Semoga rezeki bakal datang (anak) miliki wajah seperti MK,” luah seorang peminatnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendakwa wanita yang bernama Siti Hajar itu tersebut berasal dari Kuantan, Pahang dan pernah terlihat mereka keluar bersama sebelum ini.

Pada April lalu, MK pernah mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat wanitanya apabila memuat naik foto romantis bersama seorang wanita dalam Instagram.

“Saya sayang awak,” tulisnya ditujukan kepada wanita istimewa berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI