fbpx

Limpahan cahaya Padang Ipoh jadi tarikan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasad bangunan warisan yang menyajikan pertunjukan visual dan bunyi berkonsepkan pemetaan cahaya yang menjadi tarikan projek IHT di Padang Ipoh.

IPOH – Pengunjung ke bandaraya ini mempunyai satu lagi tarikan baharu apabila Projek Ipoh Heritage Tourism (IHT) yang siap di Padang Ipoh dibuka secara rasmi malam tadi.

Tarikan baharu ini merupakan kerjasama antara kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, IHT antara inisiatif untuk membangun dan menaiktaraf pelbagai infrastruktur serta kemudahan tarikan pelancong warisan di Ipoh.

Menurut beliau, projek selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2021-2025 untuk membantu proses pemulihan industri pelancongan tempatan yang terjejas akibat Covid-19.

“Projek yang bernilai RM11 juta bakal membantu merancakkan sektor pelancongan negeri selepas pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong asing.

“IHT yang bakal siap sepenuhnya pada 2024 akan memberikan limpahan ekonomi yang sangat diperlukan dengan peningkatan kedatangan pelancong ke Ipoh,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran projek IHT di Padang Ipoh di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI