fbpx

Grace belum puas hati prestasi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRACE berjaya menggembirakan kem olahraga negara apabila meraih emas pertama dalam acara baling tukul besi wanita semalam.

HANOI – Atlet baling tukul besi negara, Grace Wong Xiu Mei berjaya menyumbang emas ke-12 buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 semalam.

Namun, Grace tidak berpuas hati dengan catatan yang dilakukan itu disebabkan masalah teknikal, sekali gus menyukarkannya untuk melepasi jarak 60m yang disasarkan.

Atlet yang berasal dari Sarikei, Sarawak tersebut membuat baling sejauh 57.13 meter (m), sekali gus mengubati kekecewaannya di Filipina.

“Saya tidak puas hati de­ngan prestasi hari ini. Saya ada masalah teknikal kerana wayar tukul besi terlalu pendek.

“Saya sasar mahu buat ba­lingan sejauh 60 hingga 61 meter, tetapi tidak menjadi. Secara keseluruhan saya sangat gembira dengan kejayaan me­raih emas di sini.

“Apa pun, saya ingin me­ngucapkan te­rima kasih kepada semua, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara.­ Mereka­ membantu kami menyedia­kan latihan di Korea Selatan selama 42 hari dan kami berlatih dengan baik di sana,” katanya.

Sebagai rekod, ketika di Manila pada 2019, Grace, 22, terlepas genggaman emas di tangan seteru utama­ dari Thailand, Ming­kamon Koomphon.

Namun di Hanoi, Koomphon terpaksa berpuas hati meraih perak dengan balingan sejauh 50.28m, manakala rakan se­negaranya, Panwat Gimsrang gangsa, 49.64m.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI