fbpx

Masih banyak benda perlu dipelajari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO gagal menyerap tekanan menyaksikan dia tewas berdepan Prannoy biarpun mempunyai pengalaman menewaskan pemain India itu sebelum ini. – FB BAM

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mengakui masih banyak yang perlu dipelajari oleh perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao.

Tze Yong dan Jun Hao menjadi tumpuan peminat sukan badminton tanah air selepas kedua-dua pemain itu ma­sing-masing tewas kepada K. Srikanth dan H.S. Prannoy ketika Malaysia tewas 2-3 kepada India pada suku akhir Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand.

Choong Hann menjelaskan, anak buahnya itu sudah memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut biarpun sedar mereka memiliki jurang cukup besar dengan dua pemain India itu.

“Sebenarnya, kita sudah bincang mengenai senarai pemain yang akan diturunkan ketika bertemu India. Kita buat keputusan untuk turunkan Tze Yong bertemu Srikanth kerana berpendapat tidak banyak beza antara dia dan (Liew) Daren.

“Sementara itu, Leong (Jun Hao) pula pernah tewaskan Prannoy sebelum ini. Bagaimanapun, Tze Yong dan Leong tidak mampu untuk menyerap tekanan yang diberikan dua pemain India itu,” katanya.

Mengulas mengenai ekspresi wajah Tze Yong dan Jun Hao yang seolah-olah tidak bersemangat ketika bertemu lawan masing-masing, Choong Hann yang juga bekas pemain No.1 dunia berkata, ia adalah sifat semula jadi dua pemain tersebut.

Beliau juga percaya anak-anak buahnya itu mendapat pengajaran berguna daripada kekalahan tersebut, terutamanya selepas menyaksikan pemain lawan bersorak gembira meraikan kemenangan mereka.

“Tze Yong dan Jun Hao memang seorang pemain yang jarang menunjukkan ekspresi ataupun emosi. Setiap pemain memiliki perwatakan berbeza, tetapi saya yakin mereka mungkin akan lebih matang selepas ini.

“Saya tahu mereka rasa ‘sakit’ apabila melihat pemain-pemain lawan meraikan kemenangan di depan mata sendiri. Saya yakin mereka akan be­kerja lebih keras bagi mengatasi rasa ‘sakit’ itu pada masa hadapan,” ujar Choong Hann.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI