fbpx

Kembar cantik jual tudung idam jadi jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur aliah liyana (kanan) dan Nur Aliah Diyana mengimpikan untuk menjadi jutawan suatu hari nanti.

Kembar cantik ini sudah menunjukkan minat dalam dunia perniagaan dengan menjual pelbagai barang kepada rakan-rakan sekolahnya sehingga berjaya mengeluarkan jenama tudung sendiri ketika masih muda.

Nur Aliah Liyana Kamarul, 23, bersama kakak kembarnya, Nur Aliah Diyana, 23, sering melakukan aktiviti berniaga bersama-sama dan menjadikan antara satu sama lain sebagai penguat semangat untuk berjaya.

Menurut Liyana, bermula di sekolah rendah, mereka akan mempromosikan alat tulis kepada­ rakan kelas sehingga digelar ‘koperasi bergerak’.
Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama Aliah Liyana yang berkongsi serba sedikit mengenai dirinya dan kakak kembarnya serta pengalaman mereka dalam dunia perniagaan.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Liyana dan kembar?
Saya mempunyai kakak kembar iaitu Diyana dan kami memang dari kecil selalu melakukan aktiviti bersama-sama sehingga minat dan sasaran hidup kami juga hampir sama. Kami berdua merupakan graduan diploma daripada MAHSA University.

Bagaimana boleh menceburi minat dalam dunia perniagaan?
Sejak dari umur lapan tahun, kami berniaga di sekolah dan sambutan dari rakan-rakan sangat memberangsangkan sehingga kami berjaya mempunyai duit simpanan hasil dari usaha berniaga. Masa di universiti, saya mengambil bidang perniagaan sebagai langkah memantapkan ilmu perniagaan kami selain pe­ngalaman.

Kenapa digelar ‘koperasi ber­gerak’?
Sebab kami jual macam-macam barang seperti alat tulis dan makanan yang lain daripada koperasi seperti pensil warna-warni yang ada patung di atasnya.

Pengalaman menarik sepanjang berniaga?
Berniaga secara senyap di sekolah kerana risau cikgu dapat tahu. Tapi bila cikgu tahu, mereka pula jadi pelanggan kami terutamanya bila ada menu nasi kerabu, nasi dagang dan lain-lain.

Antara kejayaan besar Liyana dan kembar dalam dunia perniagaan?
Kami berjaya me­ngeluarkan jenama tudung sendiri pada tahun 2020 dan dapat membayar hutang dan menampung perbelanjaan keluarga secara bulanan.

Bagaimana anda mengembangkan perniagaan?
Mengumpul seba­nyak mungkin pengikut di laman sosial dan Instagram serta pasarkan di Shopee. Kini kami mula aktif di TikTok.

Ada buat aktiviti lain selain berniaga?
Jadi model sambilan kerana kami akan lakukan apa sahaja berdua.

Sasaran untuk masa akan datang?
Pastinya kami berdua menginginkan sebuah rumah dan kereta idaman sendiri dari usaha kami dalam perniagaan. Jika dahulu kami hanya untung sekitar RM200 sebulan, pasti impian untuk bergelar jutawan suatu hari nanti akan kami lakukan sehingga­ berjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI