fbpx

Pekerja rumah bot Tasik Kenyir kelar leher sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja rumah bot yang mengelar leher sendiri dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan.

Oleh NOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Seorang pekerja sebuah rumah bot bertindak nekad mengelar lehernya sendiri di Sungai Mandak, Tasik Kenyir dekat sini semalam.

Lelaki berusia 32 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di lokasi kejadian pada pukul 7.37 malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sepasukan Pasukan Gerakan Marin Tasik Kenyir bergegas ke Sungai Mandak sebaik dimaklumkan insiden berkenan.

“Pasukan Gerakan Marin mengambil masa kira-kira sejam untuk membawa lelaki itu ke Jeti Pengkalan Gawi dekat sini dengan menaiki bot sebelum menghantarnya ke Hospital Hulu Terengganu di sini untuk menerima rawatan.

“Dia yang masih tidak sedarkan diri kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tidak lama kemudian untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, siasatan awal mendapati pekerja rumah bot berkenaan mempunyai sejarah menghidap penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu sebelum ini.

Tambah beliau, ahli keluarganya memberitahu lelaki itu bagaimana pun tidak memenuhi temujanji rawatan selepas diterima bekerja sebagai pekerja rumah bot.

“Adiknya lelakinya memaklumkan dia juga sering meracau mahu membunuh diri sejak seminggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI