HANOI – Dua butir pingat emas berjaya diraih kem olahraga negara menerusi aksi cemerlang atlet tukul besi lelaki, Jackie Wong dan wanita, Grace Wong di Stadium Nasional My Dinh.
Pada saingan tersebut, Grace memulakan saingan dengan cukup baik apabila melakukan 57.13 meter (m) untuk memenangi emas sebelum momentum kecemerlangannya disusuli Jackie yang disambut dengan sorakan penuh bertenaga dari kem olahraga selepas menyumbang pingat emas kedua.
Acara lelaki turut menyaksikan Malaysia meraih gangsa menerusi Sadat Maryuqi Ajisan manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan meraih perak. – KOSMO! ONLINE