fbpx

Sabri Yunus diangkat sebagai Duta Seni Anak Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Duta Anak Seni Kelantan kepada Sabri dalam Malam Himpunan Dikir Barat 2022 di Kota Bharu sebentar tadi. - FOTO IHSAN FACEBOOK DATO’ AHMAD YAKOB

KOTA BHARU – Pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus dinobatkan sebagai Duta Anak Seni Kelantan sempena Malam Himpunan Dikir Barat 2022 di sebuah hotel di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Sabri merupakan salah seorang daripada 24 penerima anugerah menerusi sembilan kategori yang diperkenalkan khususnya kepada penggiat seni budaya dikir barat.

Menurutnya, selain Sabri, Jen Endoro, Jali Bunga Tanjong, Cikgu Sulizi, Eyo Hock Seng, Hamid Budaya, Tok Wan Hasan Gula Batu, Tuan Kob Raja Saring dan lain-lain ikon dikir barat turut menerima pengiktirafan.

“Kerajaan negeri yakin penganjuran Malam Himpunan Dikir Barat berjaya mencapai objektif iaitu memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dikir barat yang telah mengharumkan nama negeri Kelantan.

“Selain itu, acara itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim penggiat seni dikir barat seluruh Kelantan dan memartabatkan seni tersebut sebagai warisan budaya negeri ini agar tidak hilang dan pupus,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambah Ahmad, kerajaan negeri sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya Kelantan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI