PETALING JAYA – Penduduk di semenanjung serta Sabah dan Sarawak diingatkan sentiasa berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di semua negeri malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangkakan berlaku bagi tempoh satu hingga dua jam dan akan beransur reda menjelang lewat malam nanti.
“Ia melibatkan Bandar Baharu di Kedah serta Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.
“Di Kelantan membabitkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu Hanya tertumpu di Besut dan Hulu Terengganu,” katanya.
Sementara itu, di Pahang, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera.
“Turut terlibat adalah Hulu Selangor, Petaling dan Hulu Langat di Selangor termasuk Kuala Lumpur manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Jempol dan Tampin.
“Selain itu, di Melaka, hujan lebat diramalkan berlaku di Jasin sementara di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru,” ujarnya.
Tambah MetMalaysia, di Sarawak, keadaan sama dijangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Selain itu, turut terlibat iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat sehingga di Sabah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.