fbpx

Silap percaturan punca tersingkir di Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI dan Nur Izzuddin yang turun sebagai beregu pertama tewas sekali gus menjadi pencetus kegagalan skuad negara ketika berdepan India kelmarin. – FB BAM

KEMARAU kejuaraan Piala Tho­mas skuad badminton negara berterusan apabila tersingkir di pusingan suku akhir pada saingan Piala Thomas 2022 selepas tewas 2-3 kepada India malam kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand itu, Malaysia turun sebagai pasukan pilihan selepas menjuarai saingan Kumpulan D, namun kesilapan percaturan dalam pertemuan tersebut nyata memakan diri.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky menjelaskan, kekalahan beregu pertama, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi pencetus kemenangan India untuk me­langkah ke separuh akhir.

“Sebenarnya pertemuan de­ngan India memang kita nampak boleh menang kerana peluang sangat seimbang buat kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, apabila kita beregu pertama kita tewas, peluang sangat tipis buat Malaysia.

“Rezeki nyata bukan milik kita memandangkan perseora­ngan kedua dan ketiga India sa­ngat berpengalaman, sekali gus menjadi kelebihan buat mereka untuk mengutip mata kemena­ngan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Meskipun kecewa dengan kekalahan itu, namun beliau percaya pemain-pemain negara sudah cuba sedaya upaya untuk membawa pasukan ke separuh akhir, tetapi keazaman pemain India meranapkan harapan seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, Rexy berharap semua pemain menjadikan kekalahan tersebut sebagai pengajaran berguna bagi memastikan mereka tidak melakukan kesilapan yang serupa pada masa hadapan.

“Semua pemain sudah berjuang dan berikan yang terbaik tetapi India turun dengan mentaliti nothing to lose’ Pemain harus ada rasa ‘sakit’ dengan kekalahan ini kerana mereka mungkin akan lakukan kesilapan sama jika tidak merasakannya,” ujar beliau.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut Malaysia tersingkir di pusingan suku akhir selepas mencatat keputusan sama pada edisi 2018 di Bangkok serta 2020 (Aarhus, Denmark).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI