fbpx

Tawaran menarik buat pemain Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA turun dengan misi utama untuk meraih sekurang-kurang satu kejuaraan musim ini selain menebus kegagalan pada aksi final Piala Liga Inggeris lalu. – AFP

LONDON – Para pemain Chelsea dijanjikan bonus bernilai £1 juta (RM5.37 juta) sekiranya berjaya menafikan misi Liverpool untuk memburu empat gelaran musim ini ketika mereka bakal berentap pada aksi final Piala FA di Wem­bley malam ini.

Chelsea sekali lagi turun dalam misi memburu gelaran Pia­la FA buat kali kedua berturut-turut selepas musim lalu mereka dikecewakan apabila tewas kepada Leicester City pada aksi final juga di stadium yang sama.

Turun sebagai pasukan bukan pilihan, Chelsea juga pastinya sedang memasang azam untuk menebus kekalahan mereka pada saingan Piala Liga Inggeris Februari lalu apabila tunduk pada penentuan sepakan penalti.

Justeru, bagi meningkatkan lagi semangat para pemain, pihak pengurus telah mengaktifkan tawaran bonus kemenangan tersebut yang akan diagihkan kepada para pemain secara prorata sekiranya mereka berjaya menjulang kejuaraan tersebut.

Biarpun jumlah berkenaan dianggap tidaklah terlalu mewah, namun bayaran tersebut dianggap penting ketika mereka mungkin bakal terlepas insentif kemenangan berdasarkan prestasi musim ini yang dianggarkan bernilai £14 juta (RM75.21 juta).

Pada awal musim lalu, para pemain ditawarkan bonus sebanyak £10 juta (RM53.72 juta) sekiranya berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dan tambahan £4 juta (RM21.49 juta) jika muncul juara saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, kedua-dua tawaran berkenaan hampir pasti gagal diperoleh selepas mereka tersingkir pada saingan pentas Eropah, manakala tidak lagi mampu mencabar kejuaraan domestik selepas ketinggalan 19 mata berbanding pendahulu, Manchester City berbaki dua sahaja lagi aksi.

Oleh itu, saingan Piala FA ini dianggap medan terbaik untuk para pemain The Blues membuktikan bahawa mereka masih mampu menandingi pencapaian City dan Liverpool apabila sekurang-kurang mampu meraih satu piala musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI