fbpx

Kes bunuh diri di kalangan belia serius di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kes cubaan bunuh diri pada tahun ini di Selangor disifatkan serius terutama melibatkan golongan belia berusia 20 hingga 30 tahun.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, hal ini dibuktikan apabila bomba menerima 38 panggilan berhubung kes terbabit dari Januari sehingga 12 Mei lalu.

“Daripada jumlah tersebut, 32 kes anggota bomba berjaya selamatkan individu yang cuba bunuh diri.

“Manakala, enam lagi kes, individu berkenaan telah maut apabila anggota bomba sampai ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bomba Selangor di ibu pejabat JBPM Selangor, di sini, hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan pihaknya mendapati kebanyakan kes didorong atas masalah kewangan, mental serta percintaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI