fbpx

Myanmar bakal buka sempadan negara tetapi pelancong tidak digalakkan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Myanmar melarikan diri ke sempadan Thailand selepas kampung mereka yang terletak di Myawaddy diserang pada 26 Mac lalu. - AFP

NAYPYIDAW – Junta Myanmar mengumumkan bahawa negara itu tidak lama lagi akan membenarkan pelawat memohon visa pelancongan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Namun disebabkan keganasan berkaitan rampasan kuasa ketenteraan yang masih berleluasa di Myanmar, kerajaan di seluruh dunia masih menasihatkan hanya lawatan yang penting sahaja dilakukan ke negara tersebut. 

Aktivis-aktivis menggesa warga asing untuk tidak memasuki Myanmar memandangkan serangan ganas dilakukan ke atas orang awam dan penindasan terhadap media.

Sempadan Myanmar telah ditutup kepada pelancong sejak Mac 2020 pada permulaan pandemik Covid-19.

Mulai 15 Mei, lusa, Myanmar akan mula menerima permohonan e-visa dengan matlamat untuk membangunkan sektor pelancongan. 

Tentera junta telah mengambil alih kuasa di Myanmar pada Februari tahun lalu dengan menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokrasi. 

Baru-baru ini, junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas pemimpin itu atas beberapa tuduhan rasuah.

Sejak rampasan kuasa, junta itu telah berulang kali melakukan serangan udara ke atas orang awam terutamanya terhadap kumpulan etnik minoriti di negeri Karen, Shan dan Mon.

Antara 29 April dan 1 Mei tahun ini, lebih 12,000 etnik Karen terpaksa meninggalkan rumah mereka ketika junta Myanmar meneruskan serangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI