fbpx

Polis buru 2 suspek samun kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Polis sedang giat memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kejadian samun sebuah kedai emas sekitar Ampang Point, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.41 petang tadi.

“Kejadian berlaku pada pukul 1.40 petang, suspek dipercayai dua lelaki warga tempatan memakai helmet serta berjaket gelap telah meluru masuk ke dalam premis terbabit.

“Suspek yang tidak bersenjata itu menuju ke arah kaunter dan bertindak mengambil barang kemas yang dipamerkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, semasa kejadian, semua pekerja yang ketakutan sempat berlindung di dalam stor kedai emas berkenaan kerana bimbang akan keselamatan mereka.

“Anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan lagi. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompak dan berkumpulan,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI